Consultancy for Reflexology Association of Malaysia



Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) (Akta 756) yang akan dikuatkuasakan akan membolehkan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (Majlis PT&K) mengawalselia perkhidamatan perubatan tradisional dan komplementari termasuk refleksologi. Akta ini mewajibkan semua pengamal perubatan tradisional dan komplementari termasuk refleksologi supaya berdaftar dengan pertubuhan dibawah naungan Badan Pengamal diiktiraf sahaja layak menerima sijil amalan tahunan yang dikeluarkan oleh Majilis PT&K bagi membolehkan seseorang pengamal memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

Untuk tujuan ini Cawangan Perubatan Tradisional and Komplementari, Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan mengadakan majlis dialog bertujuan menyampaikan:
  • Dasar dan Perkembangan Perubatan Tradisional and Komplementari di Malaysia
  • Taklimat Garis Panduan Klasifikasi Untuk Pusat Refleksologi oleh Kementerian Pelancungan.
  • Taklimat oleh Pertubuhan Reflesologi Malaysia yang bernaung dibawah FCNMAM (Persekutuan Pertubuhan Perubatan Komplementari dan Alami Malaysia) badan pengamal yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.
Pertubuhan Refleksologi Malaysia, menyarankan semua pengusaha pusat perkhidmatan refleksologi di negeri Johor mengambil kesempatan mengikuti program ini dimana kaunter pendaftaran keahlian akan dibuka bagi memudahkan permohonan masuk menjadi ahli pertubuhan.


Kami juga KONSULTAN & PERKHIDMATAN PENGURUSAN bagi membantu pengamal Traditional (Urut & Berkam) / Komplementari (Spa & Reflexology) untuk Mendapatkan Sijil Pertubuhan Bertauliah yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia.


(UNDANG – UNDANG MALAYSIA AKTA 756) 
Akta Perubatan Traditional Dan Komplementari 2013

Consultancy for Applying SKM for Hair, Beauty, Urut, Reflexology, Spa, Aroma Therapy etc

Switch To Desktop Version